Lalamove bakal menjadi peneraju penghantaran bungkusan di Lembah Klang

Lalamove bakal menjadi peneraju penghantaran bungkusan di Lembah Klang



Ramai di antara kita bekerja full-time atau part-time sebagai seorang pemandu Grabcar sebelum ini. Pendapatan sebulan agak lumayan juga bagi pemandu full-time, mencecah RM5000 dalam sebulan. Bagi yang part-time, RM2000 rasanya tidak ada masalah. Ada juga yang lebih tinggi daripada angka tersebut bagi mereka yang bekerja lebih keras dan rajin.

Namun perkara tersebut tidak akan terjadi lagi selepas wabak COVID-19 berleluasa sejak bulan Mac yang lalu. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai Perintah Kawalan untuk menyekat penularan wabak COVID-19 itu sebelum keadaan menjadi lebih teruk. 

Ramai orang telah menganggur dan terpaksa mencari kerja alternatif atau kerja part-time untuk menampung keperluan seharian bagi sekeluarga. Ada juga pemandu e-hailing telah menukar kepada penghantar makanan (GrabFood / FoodPanda / Hungry) atau penghantar bungkusan (Lalamove / MrSpeedy).

Walau bagaimanapun, Grab telah menyediakan pelbagai perkhidmatan selain daripada Grabcar yang khas mengambil penumpang. Tapi ia juga memberi perkhidmatan seperti penghantaran makanan (GrabFood), penghantaran bungkusan (GrabExpress) serta perkhidmatan membeli barangan keperluan (GrabMart).

Peneraju penghantaran makanan dan bungkusan

Namun sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, penghantaran makanan diterajui oleh dua 'gergasi makanan' iaitu GrabFood dan FoodPanda.

Bagi penghantaran bungkusan atau dokumen pula telah diterajui oleh 'orange color' iaitu Lalamove. Ia adalah sebuah syarikat ditubuhkan di HongKong dan mula beroperasi di Malaysia pada tahun 2018. Ia hanya tertumpu di ibu negara kita iaitu sekitar Lembah Klang sahaja. 


Ia telah mendapat sambutan yang hangat dalam jangka masa yang pendek, ini kerana Lalamove memperkenalkan harga yang amat murah bagi pelanggan iaitu bermula dari RM4.00 sahaja. Tarif caj untuk bungkusan atau servis lain akan diterangkan di blog akan datang.

Maka penghantar Lalamove menjadi salah satu kerja part-time atau full-time yang semakin popular dan muncul sebagai peneraju penghantaran bungkusan di sekitar Lembah Klang.

Ingin menjadi rakan penghantar Lalamove

Ramai orang masih ragu-ragu dan ingin menjadi rakan penghantar Lalamove, tapi tidak tahu bagaimana caranya?

Senang saja, apa yang diperlukan hanya sebuah motosikal atau kereta (tidak ada had usia), telefon pintar (Smart phone) serta bag Lalamove (boleh didapati di Ibu Pejabat Lalamove).

Sebelum itu, anda cuma perlu mendaftarkan diri menerusi laman sesawang Lalamove atau menerusi aplikasi Lalamove.

Langkah seterusnya anda perlu mengambil latihan dan ujian secara atas talian. Setelah selesai ujian tersebut, anda perlu tunggu pengesahan dalam masa seminggu.


Selain daripada berdaftar sebagai rider motosikal Lalamove, anda juga boleh berdaftar sebagai pemandu kereta Lalamove atau van Lalamove.

Ia tidak serupa dengan pemandu e-hailing, Lalamove tidak memerlukan lesen PSV. Tidak perlu mengambil pemeriksaan body-check. Tiada perlu juga membuat pemeriksaan Puspakom untuk motosikal atau kereta anda. Apa yang diperlukan adalah mesti mempunyai lesen Kelas B2 (motorsikal) atau Kelas D (kereta) yang sah.

Yang pentingnya, kerja Lalamove adalah fleksible dan mudah. Lalamove tidak mewajibkan rider atau pemandu untuk menerima setiap tempahan yang diterima seperti mana Grabcar dan GrabFood. Anda boleh memilih tempahan yang berdekatan dengan diri kita daripada semua tempahan kerja yang tersenarai.

Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada pejabat Lalamove, seperti dibawah.

Post a Comment

0 Comments