Naik dulu, bayar kemudian - Grab

Paylater diperkenalkan Grab-Naik dulu, bayar kemudian



Baru-baru ni, Grab telah melancarkan satu cara pembayaran terbaru untuk para penumpang di Singapura.

Ia dinamakan 'PayLater' bermaksud seperti postpaid telefon bimbit yang kita gunakan sekarang. Gunakan perkhidmatan Grab seperti GrabCar, GrabFood atau GrabDelivery macam biasa, tapi cuma perlu membayar segala bil perkhidmatan tersebut pada setiap hujung bulan.

Setiap bulan, Grab akan menghantar penyata(statement) dan ia akan menunjukkan segala transaksi atau urusan sepanjang tempoh yang digunakan pada bulan tersebut. Penumpang juga boleh membayar jumlah bil itu dengan GrabPay dalam satu aplikasi Grab yang sama, tetapi jumlah dalam GrabPay tersebut mesti mempunyai baki yang mencukupi.

Bayar untuk segala perkhidmatan Grab anda hanya di hujung bulan tanpa dikenakan caj tambahan. Namun ia tertakluk kepada syarat tertentu, serta jumlah transaksi terhad dalam perkhidmatan PayLater pada setiap bulan.

Sekiranya pembayaran dibuat dalam tempoh yang diberikan, tiada caj dikenakan. Caj hanya akan dikenakan terhadap penumpang yang lambat bayar atau melebihi tempoh. Jumlah transaksi terhad untuk PayLater ini akan diberikan bergantung kepada kebenaran daripada Grab terhadap penumpang masing-masing.

Segala transaksi dibuat dalam satu aplikasi Grab akan menjimatkan banyak masa penumpang dan mengelakkan daripada sebarang perkara yang remeh. Menurut sumber daripada Grab, perkhidmatan PayLater tersebut hanya dilaksanakan di Singapura sahaja, dan sekiranya mendapat sambutan yang baik, ia akan dilaksanakan di rantau Asia Tenggara ini.