Naik taraf Aplikasi Grab Driver Anda Segera

Kemaskini Aplikasi Grab Driver sebelum 8 Julai 2019

Rakan pemandu Grab adalah diminta supaya memuat naik semula atau naik taraf aplikasi 'Grab Driver' anda sebelum 8hb Julai 2019.

Untuk memastikan anda terus memandu Grab tanpa gangguan, Grab telah menghantar notifikasi kepada rakan pemandu sekalian, menasihati rakan pemandu supaya memuat naik aplikasi 'Grab Driver' versi terbaru.

Aplikasi 'Grab Driver' versi terbaru iaitu v5.81 (Android) dan v1.68 (iOS) akan menggantikan versi yang lama. Jikalau anda tidak berbuat demikian, anda tidak boleh membuka aplikasi 'Grab Driver' dan anda tidak akan menerima sebarang tempahan Grab.

Setelah versi terbaru dimuat naik, pemandu Grab dapat melihat nombor EVP (E-hailing Vehicle Permit) akan terpapar pada skrin. Sekiranya anda belum mengambil exam PSV sebelum 12hb Julai 2019, maka anda tidak akan melihat skrin tersebut walaupun anda telah memuat naik versi terbaru dalam aplikasi itu.

Selain daripada itu, versi terbaru ini akan melayakkan pemandu untuk penolakan insuran Grab E-hailing secara harian. Insuran tersebut akan ditolak secara harian dan dikira dalam 24 jam dari waktu aplikasi Grab Driver dibuka.

Berikut adalah langkah-langkah untuk mengenal pasti aplikasi anda telah dinaik taraf versi terbaru.
1. Log masuk aplikasi Grab Driver anda, Pilih 'More' di bahagian bawah

2. Tekan muka profile di bahagian atas

3. Pilih butang 'setting' di bahagian atas sebelah kanan

4. Klik 'Device information' di bahagian bawah sekali

5. Periksa versi terbaru aplikasi pemandu Grab anda