Waktu operasi Grabcar dan Grabfood tempoh PKP

Waktu operasi Grabcar dan Grabfood tempoh Perintah Kawalan Pergerakan


Menurut kenyataan terbaru daripada Majlis Keselamatan Negara,terdapat perubahan waktu operasi terhadap pemandu Grabcar dan Grabfood rider sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Fasa kedua yang akan bermula 1 April 2020 akan memperketatkan lagi peraturan-peraturan dalam perintah kawalan yang diumumkan sebelum ini demi menangani penularan pandemik Covid-19 dan memulihkan negara.

Grabcar dan Teksi

Perkhidmatan teksi dan e-hailing (Grabcar) akan dibenarkan beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 10 malam sepanjang tempoh PKP, berkuatkuasa mulai 1 April 2020. Oleh itu tiada alasan lagi bagi Grabcar untuk meneruskan perjalanan di jalan raya.


Waktu penempahan terakhir bagi Grabcar dan Teksi adalah 9.30 malam, penumpang dinasihatkan supaya menempah Grabcar sebelum 9.30 malam, aplikasi Grab akan dikuncikan dan tiada tempahan akan dibenarkan.

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan, waktu operasi bagi perkhidmatan bas henti-henti, bas ekspres, tren, rel dan terminal-terminalnya akan terus beroperasi dengan dihadkan kepada jam 6 pagi hingga 10 pagi dan 5 petang hingga 10 malam.

Grabfood Bike dan Grabfood Car

Manakala perkhidmatan penghantaran makanan iaitu Grabfood pula dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja. Untuk mengetahui waktu operasi di setiap bandar, sila klik di sini.

GrabExpress Car

GrabExpress Car adalah satu perkhidmatan penghantaran bungkusan yang disediakan khas untuk pemandu Grabcar. Ia adalah salah satu inisiatif Grab untuk meningkatkan pendapatan pemandu Grabcar. Barang-barang dibenarkan GrabExpress Car seperti buku, peralatan elektrik kecil, peralatan logam kecil, baju seluar, makanan kucing dan lain-lain yang boleh muat di dalam kereta.

Menurut Kementerian Pengangkutan itu, bagi membolehkan pergerakan lebih lancar semasa PKP, syarikat logistik dan pengangkutan digalakkan untuk memindahkan barangan mereka antara jam 7:00 malam hingga 7:00 pagi.

Semua pemandu Grabcar dan GrabBike diingatkan supaya mematuhi PKP dan peraturan-peraturan lain yang berkaitannya.

Peringatan mesra kepada semua pemandu Grabcar dan Grabfood rider supaya memakai topeng muka ketika waktu bertugas. Gunakan hand sanitizer setiap masa.