Dacsee menyediakan platform menjana pendapatan lebih luas

Dacsee menyediakan platform menjana pendapatan lebih luas

Sebagai pengguna e-hailing, kita mempunyai banyak pilihan sekarang. Grab dan MyCar bukan lagi menjadi pilihan utama bagi para pengguna mahupun pemandu sendiri.

Bagi sesiapa yang pernah menjadi pemandu e-hailing, operasi Dacsee tiada banyak perbezaan dengan pengendali e-hailing yang lain. Perbezaannya cuma Dacsee menyediakan platform yang agak fleksibiliti dan bebas, yuran platform yang rendah serta rangkaian penjanaan duit melalui pemandu atau penumpang Dacsee yang lain.

Berbeza dengan Grab dan Uber, aspek operasinya ditentukan oleh syarikat yang bertindak sebagai orang tengah di antara pemandu dan pengguna. Pemandu hanya perlu mematuhi arahan ditetapkan oleh syarikat. Lagipun yuran platform Grab sebanyak 20% dikenakan terhadap setiap tempahan disiapkan pemandunya.

(Image dari FB Dacsee)

Yuran platform serendah 15% sahaja

Di Dacsee, pemandu hanya dikenakan serendah 15% daripada setiap tempahan bagi yuran platform. Pemandu adalah bebas untuk memilih tempahan yang sesuai dengan diri mereka sama ada dari segi harga tambang atau jarak pergerakan.

Dengan Dacsee, tiada lagi peranan orang tengah, ia bertujuan untuk memberdayakan lingkungan komuniti pemandu dan pengguna Dacsee yang ada. Ia tidak dimiliki atau dimonopoli oleh mana-mana syarikat, pihak berkepentingan bagi platform ini cuma terdiri daripada pemandu, penumpang dan APAD. Dacsee bertindak sebagai penyedia platform sahaja.

Dalam aplikasi Dacsee, satu-satunya aplikasi yang anda boleh membuka online 24 jam tanpa menerima sebarang tempahan. Ia tidak mewajibkan pemandu supaya mengambil setiap tempahan yang diterima.

Tanpa perlu risau pemandu akan dikenakan denda atau amaran dari pihak syarikat. Tanpa rasa takut untuk lihat sahaja tempahan yang masuk tapi tidak menerimanya. Anda 100% bebas memilih tempahan yang menguntungkan anda sahaja.

Sekiranya anda salah tertekan tempahan yang diterima, tetapi anda rasa tidak ingin menerima tempahan itu. Maka anda boleh membatalkan tempahan tersebut tanpa dikenakan denda atau amaran. Anda boleh juga biarkan tempahan-tempahan tersebut berlalu pergi begitu sahaja.

Penjanaan pendapatan melalui program referral

Terdapat dua cara untuk menghasilkan pendapatan tambahan iaitu melalui sistem seperti rangkaian MLM (Multi Level Marketing) atau Program Rujukan (Referral).

Cara pertama sebagai pemandu, anda boleh membantu mempromosikan Dacsee kepada kawan-kawan, saudara mara atau penumpang anda supaya menjadi sebagai seorang rakan pemandu Dacsee. Anda akan mendapat komisen secara berterusan selama mana mereka kekal aktif bersama Dacsee. Anda akan mendapat duit daripada tempahan yang disiapkan oleh mereka.

Cara kedua adalah anda juga boleh mempromosikan Dacsee kepada kawan kawan, saudara mara dan orang lain supaya menjadi penumpang Dacsee. Setiap kali mereka menaiki Dacsee, maka 2% daripada yuran platform (15%) bagi setiap tempahan akan dikreditkan kepada wallet anda.

Kedua-dua cara tersebut memerlukan kod rujukan (referral) anda untuk menjana komisen dan dikreditkan ke dalam wallet Dacsee anda. Sila rujuk kepada gambarajah di atas.

Sebagai contoh, katakan anda mempromosikan kepada pemandu A, maka setiap kali pemandu A menyiapkan tempahan, dacsee akan mengambil 15% yuran platform dan memulangkan semula kepada anda sebanyak 10% daripada yuran platform tersebut.

Jika pemandu A mempromosikan kepada pemandu-pemandu lain pula, anda tetap akan mendapat faedah 10% sehingga 3 peringkat.

Jika anda mempromosikan kepada penumpang, anda akan tetap mendapatkan 2% daripada yuran platform (15%) dan bukan daripada harga tambang tersebut.

Ia menjadikan anda sebagai up-line, pemandu-pemandu yang dirujuk (referral) tersebut menjadi down-line anda. Semakin banyak tempahan yang disiapkan oleh pemandu downline anda, semakin banyak duit dijana untuk anda.

Begitu juga penumpang dirujuk oleh anda, semakin banyak tempahan dibuat oleh mereka, semakin banyak duit dijana untuk anda.

(Pilih Passenger ketika ingin menjadi penumpang Dacsee)

(Pilih Driver ketika ingin menjadi pemandu Dacsee)

Aplikasi Dacsee mengabungkan penumpang dan pemandu dalam satu aplikasi. Tidak seperti Grab yang memerlukan dua aplikasi berasingan iaitu aplikasi pemandu dan aplikasi penumpang.


Dacsee juga menyediakan pilihan untuk penumpang yang membawa binatang peliharaan dipanggil Pet Ride.

Bagi sesiapa yang ingin menghantar barangan atau dokumen, boleh memilih Express Car Delivery.


Bagi pengguna wanita, Ladies Driver juga disediakan khas untuk anda. Dacsee telah menyediakan pilihan ini untuk memberi keselesaan pengguna wanita.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi pegawai khidmat pelanggan seperti di bawah +603-8600 3677, mereka akan membantu menjelaskan lebih lanjut segala tentang Dacsee.

Daftar sebagai pemandu Dacsee dan menjana pendapatan yang lumayan melalui pemandu-pemandu serta penumpang-penumpang anda.

Post a Comment

0 Comments